TERIMA KASIH DAUN KELADI 





.
Setiap fotografi ada moment tersendiri , apa yang dapat saya katakan terima kasih daun keladi atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan terhadap edisi terkini majalah Stailista ini.
.
Edisi agak berbeza daripada edisi sebelumnya. Banyak pengisian baharu dengan cerita pelbagai genre masyarakat, dari anak kecil sehingga tua muda semua ada di sini. Cerita tentang impian dan kejayaan kita kongsi bersama untuk menjadi inspirasi sesama kita .
.
Tunggu je di pasaran nanti pada Okt ini, sesuai dengan kempen konsert terkini Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada November ini; ianya bersesuaian dengan kemunculan Tok Ti sebagai penghias muka depan Stailista kali ini. 

Kita raikan konsert living Legend ini dengan edisi fizikal majalah yang sudah lama tidak digenggam dan dipegang untuk kenangan abadi . 








.
#StailistaGlamz2022