TENTANG KAMI

TENTANG KAMI 💝💝💝
.
Adik saya yang tersenyum lebar duduk di kerusi tu mirip benar dengan arwah abah saya, Haji Razali Mohd Amin. Jika saya rindu pada arwah abah , tengok gambar adik saya Haji Fadzeli Razali ni hilang rindu . 🥹💝🥰
.
Dalam keluarga kami enam beradik ( cikgu Murad Razali tiada dalam gambar ni sebab ikut isteri dia balik Ganu), saya mirip arwah mak saya. Kidal pun ikut mak . Boleh menjahit pun ikut mak. Anak mak betul saya ni.☺️😉😝
.
Perjalanan hidup sering memisahkan namun di hati tetap tak pernah lekang. Dalam solat doa saya tetap sarat untuk kalian. Perjalanan hidup kita memang berbeza namun kasih sayang kita tetap kukuh, sejati sampai bila bila.
.
Buat kak Teh , De dan adik bongsu saya Cikgu Farid Razali, cikgu Murad dan cikgu Fadzeli sekeluarga , Tam doakan kalian selamat dunia akhirat. Bertabahlah dengan dugaan dan pahit manis hidup. Allah menguji kita dalam susah dan senang kerana tahu kita mampu untuk tempuh ujian tersebut.
.
Salam rindu dari Kuala Lumpur 💝💝💝💝💝 
 
 
 
 
 
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart