EKSKLUSIF UNTUK REMAJA

.
Eksklusif Untuk Remaja 💝
.
Sisipan khas Stailista yang meneruskan kesinambungan majalah saya terdahulu URS- Untuk Remaja Sahaja dengan menampilkan Lelaki Stailista dikalangan remaja berbakat dan punya pengaruh tersendiri.
.
Zaki Yamani Jamal Ubaidillah menjadi fokus utama edisi kali ini. Selain paparan majlis Meet & Greet nya , temubual eksklusif tentang dirinya terutama komen bergelar anak Raja Pop Malaysia , Dato’ Jamal Abdillah. Selain itu ada artikel tentang model pertama Malaysia dari kalangan Autism dan kisah kejayaan Il’yasha Qistina ketika memenangi Miss Pre-Teen International 2022 lalu. Turut memeriahkan fotografi bertema The Kingsman dan Warisan Sudir sebagai Tribute lelaki yang agung dalam genre mereka.
.
Hakikatnya saya cuba memberikan wadah berbeza untuk edisi kali ini. Ianya sebuah masterpiece untuk rujukan dan inspirasi di sebalik semua yang terlibat dalam edisi ini. Sesungguhnya dalam hidup ini, kejayaan dan kesungguhan orang lain tanpa mengira usia adalah pembakar semangat untuk kita lebih menjadi terbaik dari masa ke semasa.
.
Selamat berhari minggu sayang sayang semua . Jaga diri dan teruslah menjadi insan yang sentiasa memberi bahagia untuk sesama kita . 💝🌹✌️
.
Anwar Razali
President Stailista-Glamz
Editor majalah Stailista By Anwar Razali
Stailista TV
Pocket TV
Sensasi TV
Foto Amizan Ahmad
#StailistaGlamz2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart