TENTANG SEORANG AZMAN

TENTANG SEORANG AZMAN 😎
.
Dahulu masa sekolah rendah dan menengah, saya ada seorang sahabat baik bernama Azman. Dia berisi dan cute. Kerana saya sejak dahulu kurus , dan dia yang gempal tu kami digelar angka 10. 😅 Tapi beliau telah kembali menghadap illahi. Al-Fatihah. 🥹
.
Di Kuala Lumpur ni ada dua orang Azman yang cukup dekat di hati saya. Seorang nya mr.glamz saya, Noor Azman yang ada kisah tersendiri dalam cerita hidupnya. Meskipun dia kini sudah ‘jauh’ dan ada kehidupan sendiri demi mengejar impian hidupnya, dia tetap sentiasa ada dalam hati saya kerana dia banyak mengajar saya tentang erti kehidupan sebenar.💝
.
Namun Azman yang ingin saya katakan di sini adalah birthday boy Azman Mohd Nawi Sahabat Baik susah senang saya ini. Catatan sempena Hari jadi beliau ini saya buat khusus untuknya. ✌️
.
Sebenarnya untuk hidup di Kuala Lumpur yang penuh agenda ini, ada Sahabat Baik seperti beliau adalah seumpama Mutiara di lautan dalam. Begitu bernilai dan sukar dicari. Dengannya saya akan bercerita apa saja tanpa segan atau sembunyi apa yang saya rasa. Dia cukup memahami siapa saya sebagaimana saya amat memahami diri dan perjalanan hidupnya.
.
Sebenarnya beliau lama mengenali saya ketika beliau belajar di Jordan dahulu. Waktu itu saya menjadi editor majalah Budak terbitan Raja Azmi. Ada kisah pengakuan dalam majalah bercerita tentang kisah kawan Azman. Lalu takdir menemukan kami untuk tinggal di bangunan yang sama. Dia di tingkat 14, saya tingkat 9. Lebih asyik masjid sebelah rumah. Jadi masjid Abdul Rahman Auf ini selalu destinasi kami bertemu dan solat jamaah. Kebetulan sama bidang kewartawanan dan saya banyak membantunya buat video emceenya, maka persahabatan kami terus utuh, harum dan sempurna kerana keserasian ini.
.
Untuk Azman yang seorang ini, saya doakan awak sentiasa sukses dunia akhirat, dipermudahkan segala urusan, terus glamz dan cute. Terima Kasih kerana sudi menjadi sahabat
terbaik
 
saya dunia akhirat . Semoga persahabatan kita ini akan kekal hingga ke jannah . Jika di Syurga nanti tidak ada kelibat saya, pohonlah kepada Allah untuk tanyakan di mana saya dan bawalah saya untuk turut sama ke syurga bersamamu…
.
Happy Birthday Babe 💝💝💝

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart