


.
DI SEBALIK LELAKI ITU

.
Walaupun saya penulis novel LELAKI DI SEBALIK PELANGI dan mampu mengedit sendiri karya saya ini mengikut kehendak citarasa saya, tetapi hal itu tidak berlaku untuk novel saya ini.
.
Urusan editing saya serahkan pada sahabat baik saya dan juga merupakan editor di Sinar Harian, Kumpulan Karangkraf. Saya menyerahkan kepercayaan kepada Azman Mohd Nawi untuk membuat pindaan, suntingan mengikut caranya tanpa meminggirkan perjalanan cerita novel ini.
.
Alhamdulilah , apabila melihat sendiri dan menatap novel ke 10 saya ini lega saya kerana akhirnya saya berjaya menyempurnakan masterpiece yang tertunggak lama ini. Hanya pada Oktober 2022 saya dapat memegang “Baby” terkini saya ini bersama majalah Stailista.



.
Selepas ini saya akan muncul pula dengan karya puisi saya. Ianya merupakan impian saya yang terpendam lama dan akan disempurnakan tidak lama lagi. Insya-Allah tajuk awal – SAYA, AWAK & RINDU.

.
Minat menulis mana mungkin terhenti sehingga nafas terhenti . Untuk itu terima kasih kepada Azman Mohd Nawi kerana sudi berkolaborasi untuk novel ini. Novel ini bukan novel murahan atau picisan ; ianya merupakan pengakuan kisah benar yang saya garap dengan situasi semasa. Bacalah dengan fikiran matang. Ada cerita tersendiri di sebalik novel LELAKI DI SEBALIK PELANGI.