LEVEL UP WITH SITI

LEVEL UP WITH TOK TI 💝
.
Dulu Tok Ti hanya sempat bergambar dengan majalah Stailista sahaja . 😂😉😅🥰 Entah mengapa masa begitu mencemburui untuk beliau menjadi penghias muka depan. Walhal semasa saya jadi editor majalah URS-Untuk Remaja Sahaja , beliau menjadi penghias muka depan URS sebanyak empat kali.
.
Saya amat arif mengikuti perkembangan kerjaya seni semenjak diawal kemunculan beliau. Dari zaman anak dara sehinggalah sekarang, dari tidak berhijab , hijab berjambul dan sempurna cantik seperti kini ; saya juga tetap peminat nombor satu beliau. Datang lah siapapun artis baharu, Tok Ti tetap tiada tandingan. Beliau ada singgahsana tersendiri dalam dunia seni kita. Queen gitu.🤞✌️💪🌹💝
.
Alhamdulilah, di penghujung 2022 ini Allah memberi kesempatan untuk menyempurnakan impian saya. 🙏✌️🌹💝. Maka kerana Itu edisi Siti Nurhaliza -Sweetheart Malaysia ini amat bererti bagi saya. Seorang Legenda Seni di Stailista. ✌️💪🤞
.
Semoga Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan terus sukses Dunia Akhirat . Dipermudahkan segala urusan dan terus menjadi Sweetheart Malaysia selamanya. Dan semoga juga bakal dianugerah Biduanita Negara ke 3 selepas Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini. Ameen .
.
.
President Stailista-Glamz
Editor majalah Stailista

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart