.
TENTANG KOSE SERANI YANG MALU
.
Sangka Serani Ernesto Kos gambar dia pakai baju bendera sempena fotografi Warisan SUDIR hanya akan diselit kecik je sebagai syarat. Namun apabila dia melihat gambar di blow-up satu muka, dia terkejut, terharu dan berasa malu. Katanya ; Apa kata orang Nanti.
.
Hahaha… lawak la Kos ni. Saya yang pilih semua dan tentukan apa gambar yang perlu dimasukkan dan di blow upkan. Tiada kaitan langsung dengan soal untuk menjaga hati. Kebetulan gambar tersebut menepati konsep fotografi Merdeka dan Sudirman, jadi selayaknya di blow up kan.
.
Maka demikianlah saya tekankan pada Semua model dan talent yang join fotografi bertema yang kami anjurkan setiap bulan. Fahami Konsep dan Tema kalau nak gambar anda besar besar masuk majalah . Saya seorang yang profesional. Sama ada baik, mesra atau kurang rapat serta baharu pertama kali join fotografi pun, kalau gambar anda terbaik dan menepati kehendak ‘sirim’ saya Maka akan saya pilih tanpa peduli siapa anda.
.
Dalam Setiap fotografi beratus hingga beribu gambar diambil, tetapi yang akan dipilih hanya dua tiga keping sahaja yang terbaik. Itulah bezanya dunia majalah , pengiklanan dan komersil. Sekeping gambar sudah mampu melonjakkan profile anda. Ingat tu sayang semua .
.
Justeru fahami Konsep, Tema dan bertanya pada jurugambar profile terbaik anda. Sebab bila saya dah terima Semua gambar dari jurugambar,giliran saya pula yang menjadi mata-mata. Semua segi saya nilai. Gitu
.
.
Anwar Razali
President Stailista-Glamz
Editor majalah Stailista
Stailista TV
Stailista By Anwar Razali
Sensasi TV
Pocket TV
#StailistaGlamz2022
www.stailista-glamz.com
Foto Amizan Ahmad
TENTANG KOS SERANI
