SWEET NOVEMBER
.
November bulan kelahiran saya. Kata orang mereka yang lahir dalam bulan November ni misteri dan jiwang dalam cinta. Dan kata mereka juga andai sudah sayangkan seseorang itu nyawa pertaruhannya, namun sekiranya didustai dan cinta bersulam hipokrit maka bersedialah dengan pembalasan dan api dendam menanti.
.
Komen saya tentang anggapan itu ? Ada benarnya jika dilabelkan pada diri saya. Bukan soal cinta sahaja yang saya pentingkan ikhlas dan jujur, semua hal perlu. Hidup biar ikhlas dan tidak hipokrit apatah lagi munafik. Soal misteri tu memang tepatlah. Saya low profile soal peribadi. Soal kerjaya no problem.
.
Pun begitu bermula Oktober lagi sehingga November ini banyak keajaiban yang saya lalui. Insya-Allah segala perancangan Allah permudahkan . Alhamdulilah . Semoga menjelang 2023 ianya akan terus cemerlang dan gemilang. Ameen.
SWEET NOVEMBER
