PEMBERI SEMANGAT

Salah satu pembangkit semangat untuk terus menjulang kejayaan adalah bila dikelilingi rakan dan sahabat baik. Mereka yang sentiasa ada dan menyokong dalam sedar atau tidak, adalah azimat termanis lagi mujarab.
.
Mungkin tak semua Senang dan Bahagia dengan apa yang kita miliki dan perolehi, namun di sebalik itu masih ramai menyokong, memberi ilham, idea dan nasihat ; sudah memadai. Alhamdulilah.🥰
.
Sahabat baik saya ini merupakan editor di akhbar Sinar Harian. Tetapi berbanding saya yang lebih kepada dunia fesyen, model , selebriti dan gaya hidup remaja , Azman Mohd Nawi lebih kepada editor keagamaan ( Sinar Islam Plus), jadi beliau sering mengingatkan saya tentang banyak hal yang dilakukan agar seiring dengan tuntutan agama. Kontraskan persahabatan kami, namun kami tetap saling menghormati kerjaya satu sama lain.
.
Beliau juga seorang emcee yang hebat. Saya sering mengikutnya kerana ditugaskan merakam video sebarang emcee event yang dibuat. Dan beliau membayar saya dengan harga profesional saya. Tiada istilah harga kawan-kawan. Soal etika kerja kami profesional , kalau hal lain memang ’masuk air’. 😝😂😀😋😎
.
Kita akan berjaya bila dikelilingi sahabat yang Positif dan Kreatif. Itu yang saya pelajari dari persahabatan kami. 🥰🌹💝
.
.
Anwar Razali
President Stailista-Glamz
Editor Stailista
Stailista TV
Stailista By Anwar Razali
Sensasi TV
Pocket TV
#StailistaGlamz2022
#kataeditor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart