ANWAR IBRAHIM PM10
.
Ini ramalan saya sebagai seorang editor. Melihat kepada kempen terkini di Gombak dan Ampang malam tadi, saya melihat Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah boleh ‘ catwalk’ ke Putrajaya sebagai PM ke 10.
.
Sepanjang melihat, menonton kempen beliau di Youtube , Facebook dan Twitter , saya melihat akan ada gelombang baharu melanda Malaysia pada pilihan raya kali ini. Bukan omongan kosong, tetapi realiti yang perlu difahami dan dirasakan sekarang. Anwar Ibrahim lebih ke depan lima langkah berbanding pesaing.
.
Saya juga melihat kewibawaan saudara Rafizi Ramli yang membawa pendekatan “berani mati” secara berintergriti mengadakan kempen Ayuh Malaysia dan turut mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkembangan kempen dan terus membongkar kes berprofil tinggi secara terbuka. Cara beliau amat profesional dan trendy. Media massa digunakan sebaik mungkin.
.
Terus terang saya katakan saya menunggu sidang media beliau setiap hari dan singgah ke blog serta YouTube nya untuk update info terkini. Sesuatu yang berulang kembali ketika saya tekun membuat analisis PRU 14 dahulu. Waktu itu Rafizi mendedahkan isu IMBD dan kajian beliau tentang kemenangan Pakatan Harapan ternyata benar.
.
PRU 15 ini akan membawa era tersendiri untuk Malaysia. Samada Anwar Ibrahim ke Putrajaya atau sebaliknya, saya melihat tokoh seorang ini bukan lagi PM Tepi lagi. Beliau tekan gear habis kali ini. Beliau terus mencanak dengan isi kempen yang lebih dekat dengan kehendak rakyat. Denyut nadi rakyat dititikberatkan.Hanya takdirNya yang akan menentukan segalanya.
.
Good luck Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Anda sudah berada di landasan yang betul. Barangkali titik bengik perjuangan reformasi tanpa kekal lelah, insya-Allah akan terjawab pada 20 Nov ini. Ameen
.
.
Anwar Razali
President Stailista-Glamz
Editor Stailista
Stailista TV
Stailista By Anwar Razali
Sensasi TV
Pocket TV
.
.
#StailistaGlamz2022
#kataeditor
#anwaribrahim
#kitaboleh
#ayuhMakaysia
#Harapan
#pru15
ANWAR IBRAHIM – PM10
