PENCURI SATU SEN

PENCURI SATU SEN🔥
.
Berinspirasi dari kisah sebenar, One Cent Thief berdiri sendiri dengan kelainan yang agak menarik. Dengan barisan pelakon A-list dan arahan Ariff Zulkarnain, saya anggap antara drama terbaik yang berjaya di Astro.
.
Saya jarang mengulas drama melayu melainkan ada ’sesuatu’ pada drama tersebut. One Cent Thief berjaya mengikat saya hingga ke episod akhir. Tahniah untuk karyawan terlibat.🤞
.
Bagi saya drama ini banyak mengambil emosi drama dari Korea yang cukup bijak menyentuh hal sebegini. Konflik setiap watak diadun sama rata sama ada dia watak utama atau pembantu. Kesemua watak saling membantu sama lain.
.
Saya suka dengan lakonan Sofia Jane dan Syafik Kyle serta Amirul Affendi. Begitu juga dengan Faizal Hussein dan Azira Syafinaz. Kesemua mereka kena dengan watak diberi. Syafik Kyle berjaya keluar dari dirinya yang lebih selamba lakonan. Sementara Sofia Jane berjaya dengan watak antagonis yang bersembunyi di sebalik wajah cantiknya namun ada misteri tersendiri .
.
Namun pujian harus diberi kepada pelakon kanak- kanak yang memegang watak Syafik Kyle dan watak Tan Sri yang bergelar ahli politik itu, wataknya cukup bersahaja dan cukup menyakinkan dia sebagai ahli politik yang angkuh.
.
Sebenarnya karyawan kita mampu memberikan drama atau filem yang berkualiti sekiranya ada team yang kreatif dalam semua segi. Cukuplah cerita yang ala kadar untuk tontontan jam 7 maupun 10 malam. One Cent Thief contoh team karyawan seni depan layar dan belakang tabir yang ada visi dan inspirasi.
.
.
Anwar Razali
Editor Stailista
Stailista-Glamz
Stailista TV
Stailista By Anwar Razali
Sensasi TV
Pocket TV
.
#onecentthief
#astro
#syafikkyle
#sofiajane
#stailistaglamz2022
#kataeditor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart