GV9 – SIAPA JUARA SEBENAR


GV9 : KEBANGKITAN FENOMENA BAHARU
.
Ditabalkan Jaclyn Victor sebagai juara Gegar Vaganza 9, ianya bukan satu hal yang merumitkan atau dipertikaikan. Jac berada lebih dua langkah ke depan berbanding persaing. Maka itu Jac selayaknya menang.🔥
.
Namun saya lebih tertarik dengan kebangkitan dua selebriti dalam GV9 kali ini. Saya khususkan analisis ini untuk Bob Yusof dan Elly Mazlein. Inilah sebenar juaranya.
.
18 tahun Bob mencari ruang untuk mempersembahkan bakatnya, namun seringkali tidak berjaya. Sehinggalah GV9 membuka ruang untuknya melebarkan bakat sebenar. Melihat persembahan solonya kedengaran begitu gemersik alunan suara Bob dengan lagu Rahsia Perempuan dan Sejati. Maka kerana itulah selepas ini Bob perlu ada single sebegitu untuk terus mengekalkan momentum kejayaan dan bakatnya.
.
Elly Mazlein atau Kak Kepom memecah tradisi kepada pengacaraan yang selamba, gila-gila dan ‘ masuk air’. Biarpun ada yang mengatakan aksi gediknya adakalanya keterlaluan, tetapi saya boleh terima kerana yang melakukannya atas jenama Kak Kepom. Nyatanya dia berjaya sebagai host GV9 . Dan pastinya untuk GV10 ASTRO perlu membuat kejutan dengan gabungan Nabil, Jihan dan Kak Kepom untuk terus meletakkan GV terus relevan sebagai program hiburan nombor satu.
.
GV9 juga telah membuka peluang baharu untuk bintang lain selepas ini mencabar bakat mereka. Konsep membuka ruang untuk artis 90an kembali telah disailang oleh GV9. Pun begitu saya pasti ini keputusan terbaik memandangkan ramai artis 90an yang tidak mahu join GV atas sebab mereka tersendiri. Lalu amatlah wajar untuk GV membuka peluang yang seimbang pula untuk artis tahun 2000 pula.
.
GV9 berlabuh dengan jayanya. Tahniah untuk semua. Pun begitu untuk GV10 nanti pihak ASTRO perlu pendekatan yang lebih fenomena sempena musim ke 10 nanti. Pastikan ianya lebih adil untuk semua artis tanpa perlu kami sebagai penonton sudah dapat meneka juara hanya melalui konsert pertama lagi. 😉😝😅✌️
.
.
Anwar Razali
President Stailista-Glamz
Editor Stailista
Stailista TV
Stailista By Anwar Razali
Sensasi TV
Pocket TV
.
#gv9
#astrogempak
#stailistaglamz2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart