SPILT GRAVY – SELEPAS 11 TAHUN

.
SPILT GRAVY – SELEPAS 11 TAHUN…
.
Terus terang saya telah menjangka filem Spilt Gravy bakal ditabalkan sebagai filem terbaik di Festival Filem Malaysia 32. Sehari sebelum FFM32, saya menonton di Netflix dan melihat ianya sebuah karya yang luar biasa.
.
Luar biasa bagi saya kerana membawa pendekatan berbeza dalam skrip, arahan, lakon layar serta barisan pelakon A-list. Maka setelah 11 tahun tertangguh dan pernah tidak dibenarkan ditayang atas sebab kandungannya, maka karya dari pementasan teater allahyarham Jit Murad dan arahan Datuk Zahim Al- Bakri diikhtiraf.
.
Filem ini sememangnya filem Malaysia. Mengangkat permasalahan keluarga golongan pertengahan di Kuala Lumpur terutama isu gay, zionis serta ‘ malaikat maut ‘ versi kreatif layar lebar, Spilt Gravy perlu ditonton dengan jiwa yang matang, besar dan berani. Banyak teladan yang boleh kita hadam untuk filem yang merangkul 7 anugerah utama daripada 14 percalonan termasuk Pengarah Harapan, Lakonlayar Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Juliana Ibrahim.
.
Nasihat saya untuk tahu tentang kehebatan filem terbaik FFM32 ini, tontonlah di Netflix. Ini filem Malaysia sebenar yang dekat dengan cerita hidup kita. Tahniah karyawan Spilt Gravy. 🔥🔥🔥
.
.
Anwar Razali
Editor Stailista
President Stailista-Glamz
Stailista TV
Stailista By Anwar Razali
Sensasi TV
Pocket TV
.
#ffm32
#finas
#spiltgravy
#netflix
#stailistaglamz2022 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart