.
LELAKI ITU… EDISON HO
.
Rambang mata Amizan Ahmad Serani Ernesto Kos bila melihat hasil gambar dari Supermodel Edison Ho ini. Kesemua gambarnya perfect dari semua sudut lensa. Saya sendiri pun puas hati tengok komitment yang dia berikan.
.
Untuk fotografi cover sisipan Lelaki Stailista ini, Edison berdiet dan jaga makan minum untuk jaga fit body dia. Sebelum fotografi untuk sesi buka baju dia pumping dulu untuk freshkan badan. Lebih hebat adalah dia langsung tidak buat muka walaupun menunggu lama berjam-jam.
.
Gilirannya akhir sekali kerana tumpuan pada talent dan model sebelum ini. Sememangnya kami meletakkan Edison Ho akhir sekali kerana ianya bukan fotografi biasa. Ada konsep yang kami inginkan. Dan hasilnya memang wow.
.
Tunggu kemunculan Edison Ho di majalah Stailista awal tahun 2023. Banyak gambar menarik dan temubual tentang kerjaya modelnya akan Stailista-Glamz bongkar.
.
.
Anwar Razali
President StailistaGlamz
Stailista By Anwar Razali
Stailista TV
Pocket TV
Sensasi TV
LELAKI ITU… EDISON HO
