MONEY HEIST – EMOSI KOREA

MONEY HEIST : EMOSI KOREA
.
Musim kedua Money Heist : Korea Join Economic Area kembali di Netflix dengan emosi Koreanya. Berbanding edisi asal, edisi Korea ini lebih berjiwa Asia dan dekat dengan konsep siri drama atau filem Korea sendiri.
.
Inilah kelebihan garapan semula tanpa meminggirkan inspirasi dari naskah terdahulu, sehinggakan jika anda yang tidak menonton Money Heist dari Sepanyol, versi Korea ini masih berdiri sendiri. Seolahnya ianya sebuah karya asli dari Korea.
.
Pun begitu apabila sesebuah siri yang sudah popular digarap semula mengikut kesesuaian sesebuah negara itu, saya secara tidak langsung terikut perjalanan skrip asal. Sekaligus sudah mampu menjangka apa yang bakal berlaku. Hanya yang berbeza lakon layar dan penambahan skrip untuk mencantikkan perjalanan cerita. Selebihnya kita tetap akan tahu kesudahannya.
.
Money Heist Korea tetap akan trending kerana ianya tidak mengecewakan. Ianya akan dinanti untuk musim ke 3 nanti. Maka francais Money Heist akan terus gah seantero dunia kerana karya dari Korea ini sememangnya tidak mengecewakan.🔥🔥🔥
.
.
#moneyheistkorea
#netflix
#kataeditor
#stailistaglamz2022
.
Stailista
Stailista-Glamz
Stailista TV
Stailista By Anwar Razali
Sensasi TV
Pocket TV 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart