ALCEMY OF SOULS – CINTA SEGALANYA

ALCHEMY OF SOULS – CINTA MENGATASI SEGALA
.
Penutup 2022 ini saya mengambil mood untuk menyiapkan edisi terkini majalah Stailista dengan menonton Alchemy Of Souls. Ini genre kegemaran saya yang berkisar tentang kisah cinta, fantasi, kuasa sakti serta dongeng dahulu kala. Apatah lagi Ianya dilakonkan barisan Bintang favourite saya Lee Jae Wook , Go Youn Jun dan Hwang Ming Hyun . Maka meskipun 20 episod untuk musim pertama tetap akur kerana perjalanan cerita yang buat saya melekat di Netflix ini.😂😅☺️
.
Soal Cinta sebenarnya ada kuasa sakti tersendiri. Kerana cinta kita menjadi lebih luar biasa dari kebiasaan. Saya akui soal ini. Cinta adalah kekuatan sebenar saya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Cinta pada seseorang yang memberi inspirasi, cinta pada famili , kerjaya , bangsa dan agama jugalah akan mendidik kita untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa yang kita lakukan. Itulah kuasa cinta yang penuh misteri.🤞🔥🌹
.
Tontonan kisah cinta ahli sihir Alchemy Of Souls sudah masuk musim kedua. Saya baharu sahaja menghabiskan empat episod dan teruja untuk enam episod bakinya. Pasti ianya terus mendebarkan dan sarat dengan konflik dan pertarungan jiwa serta aksi. Nyatanya bermotivasikan soal cinta Siri drama Korea ini berjaya membuatkan saya untuk terus mencintai dan dicintai sehingga bila-bila. Gitu 😋
.
.
Anwar Razali
President Stailista-Glamz
Editor Stailista TV
Sensasi TV
Pocket TV
Stailista By Anwar Razali
.
#kataeditor
#Alchemyofsouls
#netflix
#stailistaglamz2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart