THE LIVING LEGEND
.
Selepas Dato’ Sri Siti Nurhaliza menjadi penghias muka depan majalah Stailista edisi lalu, team Stailista-Glamz dengan bangganya membawa seorang lagi legenda seni, primadona filem Melayu, Fauziah Dato’ Ahmad Daud di muka depan bersama lima jelitawan Wanita Ikon Malaysia 2022.
.
Berkongsi pengalaman dan pesanan beliau cukup memberi erti dan keterujaan untuk kami semua. Apatah lagi saya dibesarkan dengan filem dan lagu-lagu beliau. Terus terang saya katakan saya hafal semua lagu beliau. Membeli kaset beliau ketika remaja dahulu adalah moment terindah, begitu juga buat pertama kali menonton lakonan beliau bersama Dato’ Jamal Abdillah menerusi filem Azura.
.
Doa saya untuk 2023 semoga lagenda seni ini di anugerahkan gelaran tertinggi negara. Sudah tiba masanya beliau bergelar Dato’ atau Tan Sri. Malaysia wajar menghargai bakti dan sumbangan seni beliau yang diwarisi seniman Dato’ Ahmad Daud dan seniwati Saadiah.
.
Nantikan kemunculan beliau di majalah Stailista Januari 2023.
.
.
Anwar Razali
Editor Stailista
Stailista TV
Stailista By Anwar Razali
Sensasi TV
Pocket TV
.
Foto AnBstudio Bobong Latif Nasrun Sulaiman
Solekan Zunaida Othman
Penyelaras Serani Ernesto Kos
LIVING LEGEND
