TENTANG LELAKI PELANGIÂ
.
Alhamdulilah stok cetakan pertama novel ke 10 saya Lelaki Di Sebalik Pelangi sold out. Meskipun hanya dijual secara Online ianya tetap mendapat perhatian para penyokong dan peminat serta pembaca novel saya terdahulu.
.
Ini novel terkini saya selepas Asmara Seribu Cinta , 5 tahun yang lalu . Jarak masa yang lama bukanlah kerana kekeringan idea untuk menulis , tetapi disebabkan saya lebih menumpukan pada majalah Stailista, lalu banyak karya saya terperam begitu sahaja.
.
Untuk 2023 ini saya akan mengeluarkan dan menerbitkan sendiri karya saya dalam bentuk puisi pula. Saya ingin mencabar diri menulis puisi cinta dan kehidupan yang dekat dengan jiwa dan pemerhatian saya. Ada sesetengah puisi tersebut berkait dengan kisah hidup saya dan tidak kurang kisah pengalaman rakan taulan.
.
Minat menulis adalah terapi jiwa saya. Ketika menulis saya dapat meluahkan apa yang ingin saya luahkan , sampaikan dan paling penting sebagai momen dairi kehidupan saya.
.
Nasihat saya kepada mereka yang suka menulis , mulakan dengan sesuatu yang dekat dengan anda. Tulislah dengan hati yang jujur dan bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis. Insya-Allah sedikit sebanyak apa yang kita tulis itu akan ada panduan dan pedoman disebaliknya.
.
Anwar Razali
President Stailista-Glamz
Stailista TV
Sensasi TV
Pocket TV
Stailista By Anwar Razali
.
#StailistaGlamz2023
#KataEditor
#KaryaAnwarRazali
#iphone14promax
DI SEBALIK LELAKI PELANGI
