PELAPIS YANG BERVISIÂ
.
Cover utama majalah Stailista edisi terkini memberi penghormatan kepada tiga selebriti berbakat besar yang berjaya ke pentas akhir Juara Lagu 37.
.
Ketiga mereka telah berapa kali melangkah sebagai finalis AJL, namun kelebihan lebih kepada Naim Daniel yang menjadi Juara Lagu 34 menerusi lagu Sumpah, hasil karyanya sendiri. Pun begitu bagi Khai Bahar dan Shiha Zikir kedua tetap hebat dengan prestij tersendiri . Nyatanya bukan mudah untuk menempatkan diri ke AJL sekiranya tidak ada strategi yang baik serta lagu terbaik.
.
Satu perkara lain yang saya turut kagumi tentang ketiga adalah sudah semakin bijak dalam tatarias busana dan penampilan diri. Mereka selalu mengikut trend gaya terkini agar terus relevan dengan situasi.
.
Impian AJL37 ketiga selebriti ini kami paparkan secara eksklusif untuk motivasi anda yang ingin berjaya seperti mereka. Ingatlah kejayaan sentiasa menanti mereka yang sentiasa berusaha menjadi terbaik dari sebelumnya.
.
Stailista
Stailista-Glamz
Stailista TV
Sensasi TV
Pocket TV
Stailista By Anwar Razali
.
www.stailista-glamz.com
.
#stailistaglamz2023
#kataeditor
#kamistailista
#karyaAnwarRazali
PELAPIS YANG BERVISI
