AGENDA KOMERSIL SUBWAY

SUBWAY IN THE GLAMZ KOREA 💝💝💝
.
Jenama Subway sering dipromosikan sebagai hidangan utama di dalam drama Korea, selain Kopiko dan Samsung. Jarang sekali jenama besar lain menyelit. Terutama Iphone atau jenama dari Apple sendiri . Hanya drama Korea The Fabulous hadir dengan jenama tersebut. Barangkali perjalanan cerita tersebut tentang dunia glamour maka jenama Apple perlu ada.✌️
.
Di Malaysia Subway seiring dengan KFC, McDonald’s, Nando’s, Burger King dan lain-lain juga. Pun begitu untuk promosi di siri Tv atau filem masih lagi belum terserlah. Kalau ada pun McDonald’s pernah hadir dengan siri drama mereka di TV3.
.
Ironinya di sini adalah , bagaimana jenama Subway dan Kopiko menjadikan siri drama Korea yang viral mendunia mampu sinonim. Bila kita ingat Subway atau Kiko mesti kita teringat pada hero heroin dan drama Korea .😉🤞🌹
.
Penerbit di Malaysia pula apa trademark anda bab cafe sebegini? Takkan di restoran mamak atau cafe yang direka mengikut skrip sahaja tanpa fikirkan nilai branding dan pontensi lebih luas?☺️😅😎
.
Nota : Terima Kasih pada model dan pelakon remaja Danish yang sponsor team Stailista-Glamz dengan Subway di fotografi semalam. Semoga rezeki anda terus murah dan terus menjadi barisan pelapis baharu pelakon
hebat
 
di Malaysia nanti .
.
.
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart