FEELIN CUTE WITH DANISH

.
FEELIN’ CUTE WITH DANISH💝
.
Bintang remaja ini saya kenali sejak umurnya ketika 13 tahun, dan ketika datang fotografi pertama dengan Stailista di Laman Seni Sec 7, Shah Alam , saya sudah menjangka dia mampu pergi jauh sebagai model dan pelakon .Dan hari ini dia membuktikan segalanya. Terkini filem lakonannya bersama Nadia Brian – EVA sedang menunggu tayangan .Sementara projek drama dan iklan komersil bersilih ganti.
.
Ketika hadir di studio kelmarin , dia tetap ramah dan penuh mesra. Sudah mampu bergaya umpama model popular tanpa perlu diajar. Sehinggakan sukar memilih foto yang terbaik kerana semua on point. 🔥🔥🔥
.
Untuk berjaya bukan usia penentu, tetapi komitment talent dan artis adalah kunci segalanya. Dibantu sokongan famili, ianya lebih berkat. Shamshul Danish telah memulakan langkah meniti remaja dengan cemerlang.
.
Foto ナスルン
Studio AnBstudio Bobong Latif
Solekan Zunaida Othman
Konsep Anwar Razali
Penyelaras Serani Ernesto Kos
.
.
Stailista-Glamz
Stailista TV
Sensasi TV
Pocket TV
Stailista By Anwar Razali 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart