AGENDA GLAMZ

TENTANG AGENDA ITU…
.
EDISI ini mengajar saya tentang erti Sabar yang tinggi. Tahap gaban gitu. Rancang lain datang lain. Pun begitu inilah sebuah perjuangan untuk sebuah inspirasi dan minat yang tidak pernah hapus walaupun apapun agenda mendatang.
.
Saya percaya perancangan Allah Itu melebihi apa yang saya impikan. Alhamdulilah atas segalanya. Biar lelah, jerih dan macam-macam cerita perlu dihadapi, saya ok je. Saya bukan sehari dua dalam bidang penerbitan majalah dan editor ini. Apatah lagi semenjak tahun lalu saya buat kerja gila terbit sendiri majalah Stailista ketika yang lain fokus pada online. Namun saya buat dua dua. Online dan offline jalan serentak.
.
Terbitkan tiga bulan sekali secara fizikal adalah semangat saya untuk memeluk, memegang, mencium bau harum majalah. Orang yang tidak pernah lalui situasi begini tidak tahu apa sebenar perasaannya. Saya bermula dari zaman surat khabar, majalah dan media sosial. Jadi saya tahu perbezaan perasaan itu.
.
InsyaAllah edisi terkini on the way dalam waktu terdekat. Sangkut dengan cuti raya cina, sangkut dengan artikel yang belum sampai, gambar yang kurang menepati dan pelbagai lagi situasi, saya tenang sahaja. ✌️
.
Inilah kisah hidup saya. Sepenuh nyawa saya pertaruhkan di sini…
.
.
Anwar Razali
President Stailista-Glamz
Editor Stailista TV
Sensasi TV
Pocket TV
Stailista By Anwar Razali
.
#stailistaGlamz2023 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart