.
AJL SELEPAS 37 TAHUN
.
Adalah impian setiap komposer, penulis lirik , label dan khususnya penyanyi itu sendiri untuk berada di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) TV3. Ianya bagaikan penanda aras kejayaan karyawan seni selain diikhtiraf di Anugerah Industri Muzik (AIM) yang memberi fokus kepada karya terbaik berbanding popular.
.
Pelapis seni yang sentiasa hadir dengan naskah baharu single mereka , Naim Daniel , Khai Bahar dan Shiha Zikir berkongsi Visi mereka tentang AJL37 dalam edisi terkini majalah Stailista. Mempertaruhkan Mainan ( Naim Daniel ) , Sengsara ( Khai Bahar) dan Irama ( Shiha Zikir) akan berentap dengan sembilan lagi lagu yang tidak kurang hebat ciptaannya. Pun begitu ketiga mereka sentiasa positif dengan penyertaan mereka dan berasa amat syukur kerana terpilih sebagai finalis. Soal menang kalah itu mereka tidak pedulikan sangat melainkan ingin buat terbaik untuk persembahan mereka nanti.
.
37 tahun AJL? Lama bukan? Baik Naim, Khai dan Shiha belum lahir ketika AJL dipotretkan ke industri seni. Namun siapa sangka ketiga mereka sudah lebih tiga kali ke pentas akhir. Naim Daniel sendiri dengan Sumpahnya menjadi juara AJL34.
.
Ketika usia matang AJL ini kita ingin melihat sesuatu yang lebih prestij dan profesional terutama dalam menilai kualiti lagu terbaik. Jikalau melihat trend para juri seperti tahun sebelumnya sentiasa mencari kelainan dalam memilih Juara Lagu, rasanya tahun ini standard yang sama mereka pertaruhkan. Justeru lagu yang lari dari kebiasaan seperti Debu ( Dayang Nurfaizah & Amir Masdi) , Semalam Di Temasik ( Joe Flizzoe & Sona One) , Anugerah Terindah ( Alif Satar), Mainan ( Naim Daniel) antara yang saya jangka akan berada di top 3.
.
Apapun lagu balada dari Ernie Zakrie, Marsha dan Aina Abdul tidak akan memberi jalan mudah untuk yang lain, selain fokus mereka lebih kepada merebut persembahan terbaik dan vokal terbaik.
.
Saya amat mengharapkan ada kejutan dari lagu Irama ( Shiha Zikir ) dan Nang ( Iman Troye) yang saya rasa juga ada prestij tersendiri meskipun dalam kategori rancak yang sering dianggap mudah.
.
Untuk semua finalis terutama pengurusan tenaga kerja Anugerah Juara Lagu 37 TV3, syabas kerana terus menjadikan AJL medan tempur tahunan karyawan seni . Kekalkan momentum kalian di AJL37 dan sukses gemilang malam ini. Siapapun pemenangnya muzik Malaysia perlu diangkat kepada persada tertinggi tanpa kompromi.
.
Anwar Razali
President Stailista-Glamz
Editor Stailista TV
Sensasi TV
Pocket TV
Stailista By Anwar Razali
.
#AJL37
#tv3
#StailistaGlamz2023
#kataeditor
AJL SELEPAS 37
