BILA NAIM DANIEL TERBALIK…

.
BILA NAIM MENYANYI TERBALIK…
.
Seperti mana Naim Daniel menyanyi terbalik, yang wajar dipuji atas keberaniannya itu, maka tunggang terbalik Naim itu rupanya berjangkit dengan kerja kamera yang huru hara.😝😂😅
.
Sayang sekali di sebalik meraikan penantian empat tahun Aina Abdul untuk bergelar juara dengan mencipta persembahan Terus Hidup di atas awan itu, sebuah event yang sepatutnya gah kerana sudah 37 tahun ‘bersepak terajang’ dengan agenda sebuah cetera Anugerah Juara Lagu, menjadi sebuah cerita lara yang tidak sepatutnya berlaku.
.
Seperti sebuah naskah filem , sinematografi dan juga paparan di ruangan fesyen di majalah, sekeping gambar dari lensa jurugambar memain kan impak terakhir untuk tatapan semua. Namun kerja kamera AJL37 kecundang dan gagal kali ini.
.
Pun begitu saya sedikit gembira bila ramalan saya untuk lagu Alif Satar – Anugerah Terindah dan Semalam Di Temasek – Sonna One & Joe Flizzow menepati tekaan berada di top 3. Begitu juga saya mengharapkan ada kejutan dari lagu Irama- Shiha Zikir untuk ’diperhatikan’ dan ‘ dihargai’ berjaya juga dengan menang Persembahan Terbaik. Syabas Shiha. 🌹🌹🌹
.
Sebagaimana temubual Shiha di majalah Stailista terkini , dia hanya fokus untuk membuat persembahan untuk semua. Soal kalah menang Itu hal lain. Atas sikap ikhlas Shiha itu, dia selayaknya untuk anugerah tersebut. Sementara Khai Bahar akan terus unggul apabila ada kategori dari undian peminat. Dia akan sapu habis. Tahun lepas pun sama. Sokongan peminat tetap jitu untuk Khai Bahar.💝💝💝
.
Saya tiada masalah untuk Aina Abdul dengan Terus Hidup untuk ditabalkan sebagai Juara Lagu 37. Persembahan dan vokalnya menepati kehendak acara. Cuma apabila keseluruhan acara kurang gah dengan kerja kamera dan penataan cahaya yang betul maka hasilnya kurang umpph.🙏🙃😅
.
Hostnya? Oklah. Tak adalah wow sangat gabungan Jihan dan Sherry. Masih terbawa aura Gegar Vaganza ye 😋😂🙃.
.
AJL37 berakhir dengan cerita tersendiri. Tapi kalau untuk diberi skala berapa untuk AJL kali ini. Bolehlah 6/10. Tidak menepati piawaian sirim 37 tahun. 😉🥹😝 Kena bawa Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato’ M.Nasir jugak ni untuk lebih memeriahkan segmen pembukaan atau selingan persembahan sebelum keputusan .😎🥰😋
.
Apapun saya puji mutu dan persembahan Aliff Satar & The Locos, Joe Flizzow & Sonna One, Marsha , Naim Daniel , Shiha Zikir serta Aina Abdul. Yang lain masih seperti persembahan mereka yang biasa kita tengok sebelum ini. 🎉🎉🎉🎉🎉
.
.
Stailista-Glamz
Stailista TV
Sensasi TV
Pocket TV
Stailista By Anwar Razali
.
#AJL37
#tv3
#stailistaglamz2023
#Kataeditor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart