STYLO NEON SHIHA


THE GLAMZ & STYLO STAILISTA🔥🔥🔥
.
Saya tabik dengan rekaan fesyen designer Masyadimansoor yang berkonsep neon untuk persembahan energetik Shiha Zikir menerusi lagu Irama di AJL37. Begitu eksklusif dan kena sekali dengan imej serta konsep lagu.🌹🌹🌹
.
Bila Shiha mesej saya di Instagram dan sertakan gambar ini dari ig @masyadimansoor untuk rujukan saya, saya anggap Adi ni antara pereka fesyen yang kreatif dan ada style. Insya-Allah pada keluaran Stailista akan datang kita buat temubual dengannya.
.
Shiha Zikir semakin bijak bergaya dan tau memilih konsep singlenya. Tak sabar nak tunggu single terkininya- Kalam yang dikatakan berkonsep fusion etnik. Mesti sasaran ke AJL jugak ni kan 🥰. Dan tidak lupa pada filem sulung terbitan syarikat Shiha sendiri – Legenda Kaling. Tahniah atas pencapaian yang memberi inspirasi ini.
.
Untuk berjaya dalam apa perkara sekalipun kIta kena suka dan ikhlas dalam apa kita buat. Itu kata Shiha dalam temubual di Stailista. Saya pegang dan bersetuju dengan prinsip ini. 🥰🥰🥰
.
.
Stailista-Glamz
Stailista TV
Sensasi TV
Pocket TV
Stailista By Anwar Razali
.
#Shihazikir
#stailistaglamz2023
#kataeditor 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart