SITI NURHALIZA LAGI…

.
SITI NURHALIZA LAGI…😝😉☺️✌️
.
Hari minggu menelusuri media sosial yang hangat memperkatakan tentang konsert Blackpink dan Malam Bulan Bintang, malam tadi di Stadium Bukit Jalil. Saling bersebelahan dengan penyokong tersendiri.
.
Ironi konsert Malam Bulan Bintang turut ada Biduanita Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Tetap mempesona dengan lantunan suara gemersik terutama Purnama Merindu dan Cindai. 🌹🌹🌹
.
Namun itu bukan isunya di sini. Saya terpanggil mengulas tweet di twitter yang membandingkan pulak bebudak Blackpink tu dengan Siti Nurhaliza. Peminat fanatik Blackpink mengatakan Siti Nurhaliza tidak mampu menari, menyanyi sehebat Blackpink. Ayooo…😝😅😂
.
Dulu masa AJL37, peminat Aina Abdul juga begitu. Siti Nurhaliza yang tidak bertanding pun dikaitkan dengan beliau. Masa Gegar Vaganza, peminat Shila Amzah pun begitu. Masing-masing mengaitkan dengan Siti Nurhaliza. Lawak bukan? Siti Nurhaliza juga penanda aras ye?😅😉😝
.
Baik Blackpink, Aina Abdul, Shila Amzah, perjalanan seni mereka tidak setanding perjalanan seni Siti Nurhaliza yang bermula dari usia 16 tahun dan dalam usia 43 tahun masih utuh bergelar Penghibur Nombor Satu Malaysia. Maka untuk membanding atau mengaitkan Siti Nurhaliza dengan sesiapa jua, bukanlah sesuatu yang cerdik. Siti Nurhaliza ada takhtanya tersendiri. Yang lain duduk di tepi ye…
.
Untuk fakta Konsert Fantasia Tour Siti Nurhaliza yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 2004 , di hadiri 70,000+ penonton, ketika waktu itu pengaruh media sosial belum gah. Sementara konsert Blackpink- Born Pink Tour, semalam di tempat yang sama hanya dihadiri 62,000+ , sedangkan dengan pengaruh artis antarabangsa Blackpink itu tentunya jumlah penonton lebih daripada itu.😉☺️😅
.
Tak salah nak fanatik dengan artis anda tetapi berpada-padalah babe. Sokong semua tanpa perlu membanding atau mengatakan zaman Siti Nurhaliza sudah habis kerana kehadiran artis kegemaran anda. Siti Nurhaliza membina nama berdekad tanpa bersaing dengan sesiapa pun. Malahan beliau berkolaborasi dengan Semua artis tanpa peduli siapa. Janji ada bakat dan sesuatu.
.
Oh, ye apakata minta Blackpink menari dan menyanyi lagu Nirmala dengan persalinan tradisi yang sarat beratnya di kepala sebagaimana Siti Nurhaliza lakukan . Dan apakah pada usia 43 tahun nanti mereka tetap
hebat
 
seperti Siti Nurhaliza sekarang ? 😀🤔😋
.
Orang kata cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar. Usah menjolok sarang tebuan ye. Silap hari bulan anda akan disengat semula…😝
.
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart