EKSPORT SITI UPIN IPIN

SITI NURHALIZA LAGI…😉
.
Jangan marah ye kalau Dato’ Sri Siti Nurhaliza asyik trending minggu ini dan diperkatakan bukan hanya dikalangan netizen, haters tetapi menteri Komunikasi & Digital , YB Fahmi Fadzil pun bercakap hal yang sama. Upin Ipin pun sekali bawa ye?😋
.
Sebenarnya industri seni terutama muzik dan filem boleh dijadikan eksport utama negara sebagaimana Bollywood, Hollywood dan Korea dengan K-Popnya mendunia sekarang. Kita punya barisan artis yang tidak kurang hebat dan kreatif. Cuma… 😅
.
Jabatan terbabit seperti FINAS dan terutamanya Kementerian Komunikasi & Digital sewajarnya lebih fokus pada sisi ini. Sebagai contoh album terkini Dayang Nurfaizah – Belagu 11 dan filem Imaginur antara contoh produk seni yang patut diberi perhatian. Hasil kreatif dan kerja seni karyawan yang terbabit amat wow dan bertaraf antarabangsa. Itu belum sentuh bab filem animasi kita yang setanding animasi luar negara.
.
Siti Nurhaliza dan Upin Ipin adalah penanda aras produk terbaik negara. Bukan hanya boleh dipasarkan ke Indonesia malah Asia dan dunia sekalipun. Kehebatan Siti Nurhaliza dengan lagu tradisi kita itu wajar dibawa ke persada dunia. Biduanita seperti beliau perlu diraikan dan diberi perhatian ketika ini. Usah setelah ketiadaan seperti legenda Tan Sri P.Ramlee , kita mahu memberi iktiraf itu ini. Ketika masih berjuang di medan seni inilah legenda seperti Siti Nurhaliza , Yuna serta barisan pelapis seperti Aina Abdul, Ernie Zakrie , Shila Amzah, Shiha Zikir, Naim Daniel, Khai Bahar ( sekadar merujuk pelapis yang berpotensi) wajar pihak kerajaan beri dana khas untuk mereka lebih berkreatif sehingga ke peringkat antarabangsa.
.
Penerbit filem, drama dan pengarah kita pun tidak kurang hebat. Prebet Sapu, Imaginur, The Journey, One Cent Thief, Projek High Council, Mechamato Movie, Ejen Ali , Boboiboy Movie juga antara yang menarik untuk mewakili karyawan Malaysia ke pentas dunia. Mereka boleh mengikut jejak Siti Nurhaliza dan Upin Ipin sekaligus meletakkan nama Malaysia sebaris karyawan seni dunia.
.
Hakikatnya kalau nak eksport seni negara, mulakan dengan menilai kembali jerih perih keringat mereka terutama bab royalti, wajib tayang dan segala duti yang berkaitan. Utamakan kebajikan insan seni agar nasib mereka akan tetap terbela meskipun nama sudah diambang senja. 😉
.
.
Stailista
Stailista-Glamz
Stailista TV
Sensasi TV
Pocket TV
Ideamizan Globalnetwork
Studio Sensasi
Serani Ernesto Kos
.
.
#kementeriankomunikasidigital
#finas
#sitinurhaliza
#upinipin
#sitizoners
#khaibahar
#ainaabdul
#imaginur
#naimdaniel
#stailistaglamz2023 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart