ANWAR – THE UNTOLD STORY – SEPATUTNYA…

ANWAR : THE UNTOLD STORY – SEPATUTNYA BEGINI…
.
Sebuah filem yang apa konsep sekalipun, skrip adalah tunjang utama. Tanpa skrip yang betul, kemas, dramatik dan dibantu lakon layar serta visual yang tepat, filem tentang kancil dan buaya pun pasti menarik walaupun kita sudah tahu bagaimana cerita dan pengakhirannya.
.
Maka demikianlah juga tentang filem Anwar-The Untold Story yang saya anggap kurang cerdik sedikit dalam olahan skripnya. Mungkin barangkali durasi sebenar 180 minit terpaksa dicantas, maka banyaklah lompong dan cela akan terserlah. Tambahan pula dengan suntingan yang kurang kemas, maka sepatutnya cerita Anwar ini patut lebih mengusik hati berbanding terlalu banyak flashback. Ok je kalau flashback ada tetapi colour grading sepatutnya dititik-beratkan untuk membezakan jarak masa dahulu dan terkini.
.
Saya dibesarkan dengan perjuangan reformasi dan jatuh bangun seorang figura bergelar Anwar Ibrahim. Maka saya dapat menerima segala paparan dilayar kerana saya tahu kisah sebenar. Namun persoalan lain yang saya tidak di ‘untold’nya apa?
.
Sewajarnya skrip fokus pada kemelut Tun M, Anwar Ibrahim , Wan Azizah sahaja. Tiga figura ini sudah cukup hebat dengan cerita sebenar mereka dalam hidup Anwar Ibrahim. Fokus pada situ sahaja. Soal isu perjuangan menentang korupsi itu boleh dijalinkan dengan cara yang lebih profesional dengan garapan emosi ketiganya. Inilah yang sepatutnya di ‘ told’ kan kepada penonton.
.
Sebentar tadi panggung penuh dengan pelbagai golongan . Lebih membuatkan saya seronok bila ada pakcik berbangsa cina dan India turut sama menonton membawa anak masing-masing. Di sebelah saya pasangan suami isteri Melayu dalam lingkungan 60an asyik sekali menonton. Sesekali si isteri mengeluh resah melihat bagaimana terseksanya Anwar Ibrahim di lokap.
.
Pun begitu, saya ok je dengan filem Anwar – The Untold Story ini. Filem tetap filem takkan sama dengan perjuangan sebenar 23 tahun PMX. Rencah barisan pelakon dari Indonesia yang menguasai perjalanan cerita yang adakalanya kedengaran janggal disebabkan slang bahasa Melayu, saya maafkan. Produksi dari sana, mereka tentunya sudah buat yang terbaik dalam kengkangan proses shooting yang terbatas. Mungkin jika dibuat waktu kini hasilnya lebih gah dan berjiwa Melayu Malaysia .
.
Farid Kamil dan Hasnul Rahmat berjaya dengan watak Anwar Ibrahim dan Tun M. Sayang sekali Tun M kelihatan kurang antogonis dalam filem ini , kalau sedikit lagi roh Tun M dicungkil oleh pengarah tentu hasilnya lebih wow. Pun begitu pelakon yang membawa watak Tun Daim dan mak Anwar Ibrahim wajar dipuji. Keduanya kena dengan watak. Meskipun watak mak dialih suara oleh Shila Mambo, serasinya menjadi . Loghat utaranya kena.🤞Acha on off emosinya. Skrip untuknya hanya biasa-biasa.
.
Satu perkara yang siapapun tidak dapat menafikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan lagu Menjaga Cintamu telah mencuri limelight filem ini. Roh lagu itu benar-benar kena pada perjalanan cerita. Dengan gemersik suara Siti Nurhaliza kekurangan filem ini seakan dapat ditutup terutama ketika lagu diputar ketika adegan di pintu pagar Bukit Aman .
.
Anwar The Untold Story tentang perjuangan menentang korupsi. Lebih kurang dengan perjuangan Mat Kilau menentang penjajah . Maka tontonlah dengan jiwa yang besar dan terbuka. Soal kita berbeza pandangan atau kurang senang dengan figura Anwar Ibrahim ketepikan. Soal menghapuskan korupsi demi agama, bangsa dan negara adalah isu utama filem ini. Anda perlu menjadi seperti jiwa Anwar Ibrahim jika ingin Malaysia lebih sempurna pada generasi akan datang. Saya beri 3.5/5 bintang untuk Anwar The Untold Story .✌️
.
#AnwarTheUntoldStory
#KataEditor
#StailistaGlamz2023
.
Stailista
Stailista-Glamz
Stailista TV
Sensasi TV
Pocket TV
Ideamizan Globalnetwork
Studio Sensasi
ROSYA TV Channel
Stailista By Anwar Razali

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart