ADUHAI DAYANG… HELLO SCAMMER


.
ADUHAI DAYANG 💝SCAMMER Stailista-Glamz 🔥
.
Ramai yang tak sabar dengan kemunculan edisi terkini majalah Stailista, yang sepatutnya berada di pasaran pada Aidilfitri lalu. Justeru membaca tajuk status saya ini, rasanya lebih membuat semakin banyak pertanyaan lain timbul. Siapa scammer siapa ni?
.
Saya sendiri pun terkejut dan masih mencari nilai waras atas apa yang berlaku. Namun bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan Stailista sebagai punca rezeki Scammer mereka, saya perlu memperbetulkan situasi ini.
.
Terus terang saya katakan saya terbuka untuk berkolaborasi , berkerjasama dan berkongsi rezeki dengan ramai orang . Namun ternyata ada yang mengambil jalan mudah, menangguk di air keruh, menikam belakang sesama sendiri atas nama Stailista.
.
Dan apabila ianya terbongkar sedikit demi sedikit, lama saya urut dada dan menghadam segala agenda mereka . Namun akhirnya saya wajar menjelaskan bahawa saya tidak pernah melantik sesiapa melainkan Wartawan dan Pengurus Pengiklanan – Marketing Manager bernama Koz Kose II dan kini bersama Rosnah Rosecun sebagai wakil pengiklanan. Dan rate yang saya tetapkan pun rate Rahmah serta mengikut bajet dan keperluan individu terbabit. Jadi tidak timbul soal harga pengiklanan dan promosi kayangan ye. Dan perlu ingat ye, jika bayaran beribu-ribu tu masuk ke akaun Stailista Revolution dan Pocket TV serta Sensasi TV milik Kos Serani Ernesto Kos sahaja .
.
Jadi pesan saya kepada mereka yang mengambil kesempatan dan scammer ramai pihak itu hentikanlah . Dan kepada yang terkena dengan harga tidak masuk akal itu, teruslah berhubung dengan dua wakil team saya di atas.
.
Saya kena rombak pengisian Stailista selepas meeting malam tadi. Makanya pagi ini saya dan grafik membetulkan ‘ kesan scammer ‘ tersebut sebelum masuk semula ke kilang cetak. Jun ini jadual team Stailista By Anwar Razali amat sibuk kerana akan ke Kelantan dan Melaka serta Sabah untuk promosi dan pengiklanan. Jadi saya perlu perbetulkan kesilapan teknikal yang berlaku di sepanjang Syawal yang lalu.
.
Aduhai Dayang Nurfaizah, Belagu betul saya nak keluarkan kamu ni ye…😅🥰🤞Banyak benar cabaran dan dugaan yang tak disangka . Ingat Aidilfitri kita bersama , rupanya Aidiladha lebih sesuai untuk kita bertemu…
.
.
Anwar Razali
President Stailista Glamz
31 Mei 2023
Kuala Lumpur
.
Stailista TV
Sensasi TV
Pocket TV
Ideamizan Globalnetwork
Studio Sensasi
ROSYA TV Channel
.
.
#StailistaGlamz2023
#KataEditor
#KamiStailista

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart