AGENCY – SEBUAH INSPIRASI

‘Kenapa orang lain tentukan had saya ?
.
Itulah dailog penamat drama bersiri kpop – Agency. Sebuah drama tentang dunia pengiklanan dan sepak terajang dunia korporat serta perjuangan seorang wanita untuk membuktikan kehebatan diri.
.
Diterajui oleh Lee Bo Young, Cho Seong Ha, dan Son Na Eun ini saya seronok sekali menontonnya kerana begitu dekat dengan kerjaya saya sebagai editor dan peneraju Stailista-Glamz. Banyak inspirasi saya kutip dari drama 16 episod ini, lebih-lebih lagi ianya berkisar tentang strategi dan idea bagaimana sesebuah iklan itu dijana. Ditambah dengan konflik setiap watak maka naskah Agency begitu sempurna pengisiannya.
.
Apa kerjaya pun ada cabaran dan dugaan. Namun yang membezakan adalah bagaimana kita mengendalikan permasalahan yang berlaku. Menjadikan sisi negatif kepada positif dan sesekali belajar menerima kegagalan dan bertanggungjawab dengan apa juga tindakan kita.
.
Drama Korea asa rohnya tersendiri. Justeru jika ingin belajar mengawal emosi, plan, visi dalam kerjaya saya cadangkan tontonlah Agency di Netflix ini. Lima bintang saya beri untuk Agency 💝💝💝💝💝
.
#agency
#kdrama
#netflix
#stailistaglamz2023
.
Stailista
Stailista TV
Sensasi TV
Pocket TV
Studio Sensasi
ROSYA TV Channel
Stailista By Anwar Razali

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart