DOCTOR CHA – SOAL HATI


.
DOCTOR CHA – SOAL HATI YANG DISAKITI
.
Sebenarnya banyak sekali mesej yang boleh dikutip menerusi 16 episod Doctor Cha yang sedang trending di Netflix ini. Cerita tentang seorang suri rumah kembali menjadi doktor pelatih tahun satu selepas 20 tahun meninggalkan bidang perubatan dan bergelut untuk berjaya dalam kerja yang penuh kejutan. Dan paling menyeksakan kes kecurangan si suami membuatkan dia bangkit demi diri sendiri.
.
Dibintangi Uhm Jung-hwa,Kim Byong-chul,Myung Se-bin, perjalanan skrip begitu menerujakan setiap episod dengan cerita suka duka pendukung wataknya. Adakalanya kita senyum sendiri, terasa marah, sedih dan pelbagai lagi emosi terserlah di sepanjang Doctor Cha ditayang.
.
Skrip yang menarik disulami setiap tarikan watak yang bervariasi. Paling penting kesemua watak ditonjolkan sisi baik dan buruknya. Keseimbangan ini menjadikan watak pelakonnya kelihatan hidup dan menjadi.
.
Episod terakhir buat saya terfikir sendiri, kalaulah semua yang bercerai boleh menjadi seperti Doctor Cha dan bekas suaminya, alangkah mudahnya perjalanan kehidupan seterusnya. Tanpa dendam dan berdamai dengan diri sendiri dan takdir. Mungkin sukar namun tidak salah jika ada seperti mereka bukan?
.
Doctor Cha tetap dengan budaya Koreanya. Inilah yang sewajarnya ada dalam drama dan filem kita. Membudayakan tradisi dalam kehidupan walau bagaimana modennya kita.
.
Intipati Doctor Cha tentang soal hati . Sememangnya soal hatilah, kita akan menjadi lebih berhati-hati terutamanya apabila dikhianati . Maka hati pun mati dan selepas itu hati kita tidak lagi mudah disakiti dan menyakiti lagi. ✌️5 bintang Untuk Doctor Cha 💝💝💝💝💝
.
#doctorcha
#netflix
#kdrama
#stailistaglamz2023
#kataeditor
#karyaAnwarRazali
.
Stailista
Stailista-Glamz
Stailista TV
Sensasi TV
Pocket TV
Studio Sensasi
ROSYA TV Channel
Stailista By Anwar Razali

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart