TERIMA KASIH ABAH

DIA IDOLA SEBENAR💝
.
Dia mengajar aku tentang ERTI Sabar adalah kekuatan sebenar dalam hidup . SABAR dan REDHA atas Apa juga takdirNya adalah pesan terindah untuk aku.
.
Maka atas erti Sabar dan Redha itulah aku Masih bertahan dan menjadi diri aku Seadanya.
.
Terima Kasih Abah kerana dialah insan yang memberi dorongan untuk aku terus menulis dan berkarya. Mesin taip yang dihadiahkan adalah permulaan dunia penulisan dan sastera aku. Novel pertama aku KEKASIH dan BEN ditaip menggunakan mesin taip itu dan dihantar ke Creative Enterprise penerbit majalah Gila-Gila. Alhamdulilah kedua novel awal itu diterima tanpa suntingan.
.
Selepas itu aku banyak menulis di forum pembaca Akhbar Utusan Malaysia. Abahlah pembeli harian Utusan Malaysia dan menjadi tumpuan penduduk kampung membacanya di kedai runcit kami. Dan sudah pastinya aku orang pertama yang perlu membaca Utusan Malaysia itu.🤞
.
Selamat Hari Bapa Abah, Semoga Allah Merahmatimu dan Ditempatkan Di SisiNya. Terima Kasih atas Kasih Sayang, Didikan dan Sokongan pada kami adik beradik. Alfatihah untuk Ayahnda Haji Razali Mohd Amin dan bonda Hajah Sapia Ismail . 💝💝💝
.
.
#KataEditor
#HariBapa2023
#StailistaGlamz2023

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart