.
PERGINYA… RAYUANKU 

.
Beliau antara penyanyi kegemaran saya semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Mengenali beliau selepas memenangi pertandingan Bintang RTM 1980 berjaya meletakkan namanya sebaris artis popular dengan kemunculan album Rintik-Rintik Hujan. Seterusnya meletup dengan Rayuanku, Resahku ke pentas AJL.
.
Pun begitu saya lebih tertarik dengan lagu Namun Ku Punya Hati yang dinyanyikan beliau pada 17 Mei 1982, ciptaan ahli kumpulan muzik The Revolvers, Freddie Fernandez yang terpilih sebagai pencipta lagu dalam Pesta Lagu Malaysia Kedua yang diadakan di Auditorium Besar Angkasapuri. Ketika itu saya meneka lagu tersebut akan menang kerana lirik dan nyanyian gemersik beliau. Meskipun beliau tidak merakamkan lagu tersebut di album, saya anggap beliau adalah penyanyi asal lagu tersebut. Ternyata sehingga kini lagu Namun Ku Punya Hati terus malar segar sehingga kini.
terbaik
.
Pemilik nama asal Dara binti Abdul Jalil ini berasal dari Kota Tinggi, Johor sememangnya memiliki suara unik, eksklusif dan merdu yang tiada pada penyanyi lain. Lebih-lebih lagi ketika mengalunkan lagu tradisional dan balada. Begitu menyentuh di hati. Sering berganding dengan seniman Jaafar Onn, Dato’ Nassier Wahab dalam setiap persembahan pentas, album dan event, saya pernah menyaksi sendiri persembahan beliau , berasa kagum dengan vokal asli beliau itu. Tiada penyanyi lain mampu meniru suara beliau.
.
Hari ini beliau pergi meninggalkan legasi seni untuk menghadap yang abadi. Selamat bersemadi wahai pujaan hati . Damailah kamu di sisiNya. Terima Kasih kerana menemani perjalanan remaja saya sehingga kini dengan lagu-lagu anda. Terutamanya lagu Sempadan Kasih yang menjadi favourite saya. Al-Fatihah untuk primadona seni-Allahyarhamah Rohana Jalil . 



.
SEMPADAN KASIH
Rohana Jalil (1988)
Komposer: A.Ali/Lukhman S.
********************
bila ku terpandang wajahmu
hati menjadi pilu
berakhir kini rinduku
yang ku simpan untukmu
bukanlah pertemuan sayang
atau waktu mendatang
yang harus disalahkan
tapi itu semua suratan
kini aku yang keseorangan
bersama kesedihan
ku datang mengutip sisa kenangan
yang telah pun engkau tinggalkan
walau ada sempadan yang terbentang
akan ku kirim salam serta harapan
tiada aku memungkiri
janji dihati ini