CERITA ARAFAH

.
MEREKA DI SANA … KITA DI SINI 🙏
.
Berwukuf di Arafah adalah moments terindah para haji kita dan Waktu ini adalah waktunya doa kita akan diangkat dan dimustajabkan oleh Allah.
.
Justeru saban tahun ada sahaja info yang menetapkan tarikh tepat untuk kita di Malaysia untuk doa yang tepat dan mustajab. Tahun ini dikatakan jam 5.23 petang hingga 12.05 pagi adalah Waktu yang tepat untuk kita yang tidak berada di Tanah Suci.
.
Penerangan Ustaz Muhammad Fahmi Rusli menerusi tiktok Myhadithtime ini mampu membuka minda kita tentang perbezaan waktu di Mekah dan Malaysia.
.
Nyatanya hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah . Ayuhlah tanpa mengira Waktu dan masa kita berdoa di hari ini sepanjang waktu dengan doa memohon keampunan, disempurnakan impian,dimurahkan Rezeki, dipermudahkan segala urusan, yang sakit pulih, Selamat Dunia Akhirat untuk keluarga tercinta, saudara mara, Sahabat dan kawan serta sesiapa juga. Semoga Malaysia terus makmur dan sejahtera demi Agama, Bangsa dan Negara. Ameen💝
.
Dan esoknya kita berpuasa sunat Arafah ye 💝
.
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart