VIRAL SITISM

.
VIRAL , TRENDING SITISM🔥
.
Inilah figura bernama SITI NURHALIZA. Beliau mengikut trend dan terus kekal revelan sehingga kini. Berada di singgahsana teratas nombor satu tidak pernah buat beliau leka dan alpha diri. Kolaborasi dengan artis , komposer baru dan lama terus dijejaki. Saban tahun beliau ada sahaja karya yang mampu menyentuh hati nurani.
.
Apabila cover SITISM mengambil inspirasi AI maka ianya juga terus viral dan trending di media sosial . Ramai teruja dan tidak kurang mengutuk. Sehingga ada haters yang begitu lancang berselindung dengan nama jolokan menulis bahasa kurang enak. Dan hasilnya bila Siti Nurhaliza memberi perhatian atas kata-kata anda itu maka bersedialah dengan risikonya.
.
Ingat ye buat album ni bukan semudah anda menaip dengan rasa benci demi meluah rasa tak suka, banyak proses dan masa, keringat dan RM dipertaruhkan. Lebih-lebih lagi untuk Legenda seperti Siti Nurhaliza. 8 lagu untuk 30 Jun dan edisi Deluxe dengan tambahan 4 lagu pada Ogos , seperti itu siapa mampu kendalikan dengan ilham rasa komposer dan penulis lirik berbeza?
.
Kami pun guna AI, Photoshop dan bermacam lagi aplikasi untuk cantikkan gambar di majalah Stailista dan media sosial kami. Sejak dulu lagi jurugambar guna semua itu, AI hanya sebahagian trend terkini Dunia Fotografi. Jadi apa masalahnya kalau Siti Nurhaliza Ikut trend terkini? Tolonglah usah busuk hati sangatlah hanya kerana artis pujaan anda tidak terpaling Fenomena seperti Siti Nurhaliza ye.
.
Sentiasalah raikan artis dulu dan sekarang atau sesiapa yang ada impian Seni tetapi bersaing lah secara santai, saling menyokong, bukan fanatik gila dan Hanya anggap artis anda sahaja
hebat
 
. Malahan Siti Nurhaliza pun mengambil teguran SitiZoners dan kritikan serta idea untuk kerjaya seni beliau.
.
SITISM akan terus menjadi penanda aras untuk album artis kita selepas ini. Bukan hanya untuk Siti Nurhaliza sahaja tetapi kepada pejuang seni yang lain agar kualiti, trendy, branding dan viral adalah gabungan terunggul untuk kejayaan yang lebih luar biasa. 💝💝💝
.
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart