.
BIGSTAGE 2023 : SELEPAS INI…
.
Tahniah untuk Nadeera Zaini yang dinobatkan sebagai juara BIGSTAGE 2023. Seperti dijangka dia layak untuk berada dikedudukan tertinggi berbanding pesaing. Dato Sri Siti Nurhaliza pun awal awal sudah meramal Nadeera akan menang.
.
Lima musim Bigstage melakarkan agendanya dengan lima juara. Bermula dengan Sarah Suhairi, Jang Han-Byul, Azzam Sham, Elica Paujin dan terkini Nadeera Zaini. Pun begitu ada pertanyaan lain saya susulkan pula, dimana hala tuju mereka selepas kemenangan itu?
.
Mengambil contoh Elica Paujin pemenang musim ke 4, yang terus diam dan tenggelam. Dia juga
hebat
Â
pada musimnya. Kalau ada sedikit boleh dibanggakan pun Aisha Retno dan Daniel Chuer yang masih bertatih mencipta nama. Sedangkan sang juara masih belum ada kejayaan yang boleh dibanggakan..
Sarah Suhairi, Azzam Sham terus senyap . Sesekali Han-Byul muncul namun hanya sekadar penyeri persembahan hiburan. Finalis lain yang tidak menang , lagilah terus dilupakan dan dipinggir.
.
Semoga nasib yang sama tidak berlaku pada Nadeera . Dia ada vokal
hebat
Â
namun kita sedia maklum dia juga berjuang dalam pelbagai pertandingan realiti lain sebelum ini untuk mencari tempat. Mujur rezekinya ada di Bigstage 2023..
Nadeera perlu bergerak pantas. Kena ada single dan label yang betul menjaga brandingnya. Seperti kata Tok Ram, penyanyi kena ada album. Kalau sekadar gah dengan satu single sahaja anda akan tidak kemana . Hilang dan BBNU baharu akan muncul tahun berikutnya.
.
Kesimpulannya, samada juara atau tidak dalam sesebuah pertandingan , seorang selebriti itu perlu menunjukkan taring sebenar mereka. Siapa mampu bertahan, siapa sekadar gah semalam, siapa yang akan terus diam selepas menang?
.
.