BAKAT SENI SEBENAR


BAKAT SENI SEBENAR🔥
.
Saya percaya setiap orang ada masa dan harinya. Cepat atau lambat bukan ukuran kejayaan sebenar. Namun bak kata pepatah, rezeki tak mungkin salah alamat, maka kejayaan seniman Bell Ngasri selaku Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 ( ABPBH35) adalah buktinya.
.
37 tahun bergelar anak seni, mengabadi diri sejak kecil sehingga kini, kejayaan Bell Ngasri yang juga menang Artis Komedi Popular mematahkan fanatik kelab peminat yang berlumba mengundi artis mereka, sedangkan Bell tiada kelab peminat. Ironinya rakyat Malaysia sepakat memilih beliau dan tertunggu-tunggu di depan kaca tv3 hanya kerana mahu Bell menang.
.
Perjalanan ABPBH35 yang bosan dan hambar itu terubat dengan beberapa kemenangan lain seperti Elly Mazlien, Beto Kusyairy dan Tyzo yang saya anggap sesuatu yang membuatkan kita teruja, seronok, terharu kerana perjuangan mereka bukan setahun dua. Elly sudah lebih 20 tahun, Beto pun berbekal bakat lakonan ( pengikut pun tidak sampai sejuta) dan Tyzo sering tenggelam timbul dengan kerjaya Dj nya, maka kemenangan mereka itu adalah sesuatu yang manis untuk kita semua dan sudah tentu untuk selebriti terbabit.
.
Populariti dan terbaik kini mampu bersaing dengan kemenangan empat selebriti sorotan saya ini. Maka seterusnya ianya menjadi penanda aras untuk setiap insan seni terus membuktikan bakat sebaik mungkin. Percayalah kalau kita ikhlas dengan apa yanh kita impikan, kejayaan akan datang ke sisi dengan megahnya.
.
Pun begitu tahniah untuk Khai Bahar untuk kali keempat selaku Penyanyi Lelaki Popular. Moga-moga mampu menyaingi kemenangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza selaku 13 kali Penyanyi Wanita Popular dan 7 kali Bintang Paling Popular ABPBH. Siapa mampu pecah rekod Siti Nurhaliza ye✌️
.
#abpbh35
#stailistaglamz2023
#kataeditor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart