.
KING THE LAND – BAHAGIA CARA KITA
.
Binalah impian walau sekecil mana kita bermula dan sempurnakan impian itu mengikut rasa kita inginkan. Paling penting kita mencari Bahagia dengan sesuatu yang kita impikan dengan sokongan dan dorongan teman terdekat terutama yang tersayang.
.
King The Land mengakhiri 16 episodnya semalam. Dan pagi ini saya menulis ulasan ini kerana berasa terinspirasi dengan perjalanan hidup Cinta Sarang dan Won. King The Land berlokasi kan kehidupan kerjaya di hotel dengan pelbagai plot sampingan yang turun naik mengamit emosi. Diterajui Lee Jun-ho,Lim Yoon-a,Go Won-hee dan barisan bintang Korea yang lain, King The Land menjadi begitu dekat dengan kisah hidup saya.
.
Sebagaimana Sarang dan Won watak utama mempertaruhkan segalanya untuk kejayaan sebuah hotel, demikian juga dengan saya dengan Stailista-Glamz Ada inspirasi saya di sini, di samping berkongsi rezeki dengan team saya, saya membuka ruang untuk ramai individu untuk wajah dan cerita mereka dipaparkan di dalam majalah Stailista secara fizikal.
.
Melihat ada yang teruja gambar dan cerita mereka terpapar adalah satu kebahagiaan bagi saya. Tidak semua majalah menghimpunkan ramai talent baru untuk dipaparkan sebanyak mana saya buat, dari Fotografi bulanan sehingga aktiviti event, saya mencuba memasukkan gambar mereka yang terlibat untuk dijadikan moment terindah pada masa kini dan kenangan akan datang.
.
Biasanya untuk mana-mana majalah dan akhbar hanya memuatkan sekeping dua gambar terbaik sahaja untuk dipaparkan, tetapi prinsip saya berbeza. Saya ingin menjadikan Stailista By Anwar Razali ini ruang untuk semua membina impian dan inspirasi. Biarlah ada yang mengatakan anda tidak layak bergelar talent atau model, tetapi sekurangnya anda berani mencabar diri untuk bergambar dan berkongsi cerita dengan kami dan seterusnya dicetak sekaligus Ianya kekal sampai bila-bila.
.
Pun begitu ada sirim saya tersendiri , siapa yang mengenali saya tahu Siapa saya sebenar. Sebagaimana liputan cover story Dayang Nurfaizah, Siti Nurhaliza dan Ramai lagi selebriti yang menjadi penghias muka depan adalah sirim saya tentang branding Stailista Glamz. Justeru saya seimbang kan dengan kisah talent baharu sebagai pembakar semangat untuk anda menjadi seperti selebriti cover tersebut.
.
BERIMPIANLAH seperti Sarang dan Won di King The Land. Insya-Allah dengan usaha tanpa lelah apa jua impian anda akan Sempurna . BERTATIHLAH dan melompat lah lebih tinggi selepas itu.
.
Saya doakan anda semua Bahagia dengan impian masing-masing. Buru dan terus mengapai impian ye sayang- sayang semua.
.
.
#kingtheland
#kdrama
#netflix
#kataeditor
#mrpresident
#karyaAnwarRazali
#StailistaGlamz2023
KING THE LAND – INSPIRASI
