.
CERIA, CLASY IMEJ ENTREPRENEUR Stailista-Glamz
.
Jurugambar sensasi Bobong Latif memberi gambar tiga orang wanita dengan Konsep 15 tahun lebih muda untuk cover Entrepreneur majalah Stailista edisi akan datang. Kami mahu imej yang ceria, Santai Tapi tetap ada glamz pada usahawan dan selebriti ini.
.
Puan Nas dari EZCOOK By NASH yang berulangalik dari Jerman dan Malaysia merupakan entreprenuer Sambal yang sedang meningkat naik. Fuhh sedap giler sambal bilis petai beliau yang dihidang ketika kami menikmati hidangan Makan Malam ketika berhenti berehat kerana godaan asam pedas ayam dan udang petai dari air tangan selebriti Elveena Iris. Dari Melaka dia bawa seumpama Katering untuk menjamu kami semua. Siap set lengkap dengan minuman, kuih muih . Terima kasih Elveena kerana bermurah hati dan sponsor Makan Malam yang enak dan sedap sekali.
.
Sementara selebriti Emma Akma ada kisah tersendiri untuk berkongsi dengan semua. Perjuangan beliau melawan KANSER RAHIM amat memberi inspirasi. Beliau akan bercerita bagaimana perjuangan melawan kanser dalam edisi akan datang. Penuh dramatik dan buat kita berasa bersyukur kerana dikelilingi ramai manusia baik meskipun adakalanya kita berasa lelah dengan dugaan hidup.
.
Terima Kasih juga kepada mua Tasya Ezza yang menata rias pembikinan cover kali ini. Walaupun seringkali kena touch up solekan Sebab Bobong nak hasil yang sempurna, Tasya tetap ok dan sempoi. Luv u Tasya

.
Sebenarnya kita ada perjuangan tersendiri dalam hidup ini. Namun begitu apabila bertemu mereka yang jujur , ikhlas tanpa agenda prejudis, buat saya tersenyum dalam syukur. Saling memberikan yang terbaik sesama sendiri. Terima Kasih Semua. Semoga Allah merahmati kalian dan dipermudahkan segala rezeki, urusan dan segalanya. Ameen



.
.
Anwar Razali
President Stailista-Glamz
7 Ogos 2023
Kuala Lumpur
.
#kataeditor
#karyaAnwarRazali
#StailistaGlamz2023
.
Stailista TV
Sensasi TV
Pocket TV
Studio Sensasi
ROSYA TV Channel
AnBstudio Bobong Latif
Borneo TV & Media
Stailista By Anwar Razali