SATU HARI NANTI KHAI


SATU HARI NANTI KHAI🤞
.
Satu perkara saya perhatikan antara artis yang ada adab dan sopan tertinggi sejak dulu hingga kini adalah Khai Bahar. Dia macam budak kampung yang popular tetapi tidak pernah lupa asal usul. Sentiasa merendah diri tetapi dalam waktu yang sama sentiasa memperbaiki prestij diri.Maka bila dia menang ABPBH35 selaku Penyanyi Lelaki Popular lalu buat kali ketiga saya tahu langkahnya akan lebih dari itu selepas ini. Apatah dengan sokongan kelab peminatnya- Khai Empire yang sentiasa utuh seperti SitiZoners untuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
.
Malam tadi viral di media sosial video lagu Power Of Love dan Sehangat Mentari dari Siti Nurhaliza sempena konsert David Foster & Friends – HitMan Asia Tour 2023 di Kuala Lumpur . Wow suara Siti Nurhaliza kembali gemersik mirip Celine Dion dengan versi Siti. Meremang mendengarnya.
.
Dan Khai turut menulis di X ( Dulu Twitter) tentang betapa bangganya dengan persembahan Siti Nurhaliza itu. Respon sebegini dari para rakan selebriti sesuatu yang Positif . Petanda saling memberi sokongan antara satu sama lain. Khai Bahar antara artis yang tahu beradab pada seniornya. Terutama pada Biduanita Negara seperti Siti Nurhaliza yang lebih 28 tahun bergelar penyanyi nombor satu Malaysia.🥰
.
Satu hari nanti Khai Bahar juga akan mengikuti jejak Siti Nurhaliza. Sentiasalah kekal merendah diri, mesra peminat, ada killer song, killer album dan Ikut trend. Insya-Allah satu hari anda menjulang kejayaan yang lebih. Ameen🌹🌹🌹
.
.
Anwar Razali
Editor Stailista
President Stailista-Glamz
8 Julai 2023
Kuala Lumpur
.
.
#KataEditor
#SitiNurhaliza
#KhaiBahar
#DavidFoster
#HitManAsia2023
#StailistaGlamz2023
#karyaAnwarRazali 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart