DI SEBALIK RAHSIA 1987


DISEBALIK RAHSIA 1987
.
AWALNYA Rahsia arahan Othman Hafsam ini merupakan sebuah filem seram yang diterbitkan pada 1987. Menampilkan Shukery Hashim, Noorkumalasari selaku teraju utama.
.
Kini Rahsia dibikin semula oleh anak Othman Hafsham iaitu Shamyl Othman, manakala lakon layar ditulis oleh Alfie Palermo selaku penerbit dan dikeluarkan oleh syarikat Astro Shaw dengan kerjasama Five Star Trading dan Kuman Pictures. Filem ini dibintangi Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan dan ramai lagi.
.
Filem ini mengisahkan tentang Ramlah kehilangan anaknya semasa berkelah di tepi pantai secara misteri dan mula mengalami kejadian aneh menghantuinya membuatkan suaminya sendiri meragui kegilaan isterinya.
.
Berbanding Rahsia 1987, ternyata Rahsia 2023 lebih menyerlah dengan lakonan para pendukungnya terutama Nabila Huda. Boleh dikatakan Rahsia adalah filem seram terbaik 2023. Anda tidak akan senang duduk di sepanjang tontonan Rahsia.
.
Rahsia bukan lagi Rahsia. Namun apakah Rahsia sebenar di sebalik Rahsia ini? Jom ke pawagam sekarang …
.
.
#Rahsia
#Nabilahuda
#Kataeditor
#StailistaGlamz2023

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart