LELAKI ITU


Lelaki itu…
.
Adik bongsu saya, Cikgu Farid Razali dengan sempoi mengatakan saya orang kuat PMX, bila saya info Di WhatsApp famili kami selepas saya mengundi Harapan di PRN Selangor- Subang Jaya semalam. 😉😂☺️
.
Usikan itu tidak menjadi hal untuk saya. Sejak PRU15 lagi hanya saya dalam ahli keluarga saya yang memilih PMX. Itu pun soal biasa . Setiap orang ada hak memilih bukan? Kita berbeza prinsip namun tetap tidak berbalah. Akhirnya bertemu dengan silaturrahim juga.
.
Alhamdulilah undian di Subang Jaya Sempurna. Keputusan penuh PRN perlu diterima Semua. Saya Tiada masalah pun siapa menang. Demokrasi kan. Kerajaan Perpaduan pimpinan PMX masih utuh, keputusan semalam tak jejas apa-apa. Malahan secara keseluruhan PMX diiiringi 9 negeri lain di bawah nya berbanding Perikatan Nasional kekal dengan 4 negeri terbabit.
.
Pasti ada banyak post mortem dan gerak kerja terbaik antara semua pihak selepas ini. Pun begitu apa yang diharapkan apa jua naratif kempen sebelum ini, kembalilah demi Malaysia yang bersatu dengan hakikat perpaduan sebenar. Malaysia bukan milik kaum Melayu sahaja. Kaum Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Orang Asli dan lain-lain tetap perlu diraikan juga. Islam agama yang adil. Jadi setiap pemimpin perlu adil dan tahu tanggungjawab masing-masing. Berhentilah tunggang soal Agama, Bangsa dan segala soal yang saling melukakan hati pengundi anda.
.
Untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim – PMX teruslah membawa Malaysia ke mercu dunia. Insya-Allah di bawah kepimpinan anda Malaysia Madani di landasan yang betul. Terus berjuang demi Rakyat, Hapuskan Rasuah . Meskipun ianya tidak mudah namun doa setiap rakyat yang ingin perubahan sentiasa mengiringi anda. Ameen.
.
.
Anwar Razali
President Stailista-Glamz
Editor Stailista
Team Stailista By Anwar Razali
.
13 Ogos 2023
Kuala Lumpur
5:21 pagi
.
#pmx
#anwaribrahim
#madani
#kataeditor
#karyaAnwarRazali
#StailistaGlamz2024

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart