TENTANG BUYA HAMKA

✍️✍️✍️
.
Jika Hidup Sekadar Hidup; Babi Di Hutan Pun Hidup… – Buya Hamka
.
Ironinya semalam saya menonton filem biografi Soeharto dan hari ini Bung Hamka Vol 1. Suatu kebetulan ketika mood merdeka di Ogos ini. Ditambah pula cerita PRN 2023 masih belum reda bahangnya.
.
Buya Hamka ialah filem drama biografi Indonesia 2023 yang diarahkan oleh Fajar Bustomi dan dibintangi oleh Vino Bastian sebagai Hamka. Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Laudya Cynthia Bella, Donny Damara, Desy Ratnasari dan Ben Kasyafani. Ianya dalam tiga volume. Volume pertama sedang ditayang di Netflix sekarang .
.
Sementara Soekarno: Indonesia Merdeka merupakan filem biografi Indonesia 2013 arahan Hanung Bramantyo dan ditulis oleh Ben Sihombing. Filem ini menceritakan kisah kehidupan Soekarno Presiden Indonesia pertama, yang berkhidmat selama 22 tahun, dari 1945 hingga 1967. Diteraju oleh Ario Bayu – “Soekarno”, Lukman Sardi – Hatta dan Tika Brabant selaku Fatmawati.
.
Dua filem tentang perjuangan tokoh negarawan Indonesia ini sarat dengan falsafah perjuangan menentang Belanda dan Jepun. Perjuangan yang cukup memberi inspirasi tentang perjuangan tokoh terdahulu dalam membina kemerdekaan negara.
.
Dalam filem Bung Hamka, ada Soekarno di dalamnya. Sedikit sebanyak ketika menonton filem Soekarno, ianya berkait juga dengan perjuangan Bung Hamka. Maka benarlah sejarah tetap sejarah . Faktanya tidak mungkin berubah.
.
Seharusnya Anwar-Untold Story harus dibikin sebaik Bung Hamka dan Soekarno untuk memaparkan perjuangan sebenar Anwar Ibrahim . Tapi sayang filem tersebut kelihatan gagal kerana pembikinan yang saya anggap terbatas waktu dan sekadar siap sahaja. Nyatanya kita kekurangan filem bercorak begini melainkan Hati Malaya yang boleh seiring dengan Bung Hamka atau Soekarno. Filem Mat Kilau masih di bawah paras sederhana meskipun kutipan memecah tradisi.
.
Meskipun Bung Hamka atau Soekarno tentang perjuangan tokoh dari seberang, ianya masih dekat dengan jiwa Islam dan Melayu kita. Tonton lah untuk kita lebih berjiwa nasionalis kepada negara dan lebih menghargai erti kemerdekaan sebenar.
.
.
#bunghamkavol1
#soekarno
#anwartheuntoldstory
#hatimalaya
#netflix
#StailistaGlamz2023
#kataeditor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart