ZIANA VS SITI NURHALIZA DI ANUGERAH TIKTOK MALAYSIA 2023
.
Sebelum Biduanita Dato’ Sri Siti Nurhaliza menguasai persada seni sehingga kini, Ziana Zain adalah bintang waktu itu. Keduanya sempat berentap di AJL 1996, persaingan lagu Kemelut Di Muara Kasih dan Siti Nurhaliza membuka zaman ke gemilangan dengan Jerat Percintaan.
.
Hari ini baik Ziana Zain maupun Siti Nurhaliza tetap di hati para peminat. Vokal keduanya berbeza dan ada prestij tersendiri. Maka kerana itulah baik Ziana Zain dan Siti Nurhaliza ada pengikut setia yang berterusan memberi sokongan.
.
Jika Siti Nurhaliza gah dengan album SITISM nya, Ziana Zain buat kemunculan semula dengan single Waktu duet bersama Hasif Upin . Sebuah single yang tentunya mengubat kerinduan para peminat Ziana Zain.
.
Pada 27 Ogos ini di TV3 , Siti Nurhaliza dan Ziana Zain hadir sempena Anugerah Tiktok Malaysia 2023. Nantikan kemunculan living legend ini di kaca Tv dan tiktok .Â
.
.
#anugerahtiktokmalaysia2023
#tiktok
#sitinurhaliza
#zianazain
#kataeditor
#StailistaGlamz2023
ZIANA VS SITI
