MASK GIRL – DENDAM TOPENG
.
Mask Girl sememangnya sarat dengan plot twist tentang bagaimana paras rupa punca segala dendam dan sengketa. Meskipun sekadar 7 episod namun tetap berbaloi untuk ditonton.
.
Rasa tidak yakin pada diri sendiri seringkali mencetuskan sisi lain dalam hidup seseorang . ‘Dark Side’ itulah membuatkan kita adakalanya terpaksa menjadi orang lain untuk seiring atau memuaskan diri kita. Mask Girl rasanya dekat dengan kehidupan persekitaran kita terutama kes buli, netizen Internet dan permainan media massa Online.
.
Secara jujurnya saya suka dengan pecahan watak setiap cerita yang dipaparkan secara detail, walaupun ada babak yang keterlaluan untuk ditonton. Tetapi kita sedia faham bagaimana karyawan Korea begitu berani mengupas isu semasa, maka saya anggap ianya wajar bagi suasana mereka. Drama kita pun ada juga mirip sebegitu cuma masih ada batas budaya.
.
Paras rupa adalah punca segalanya. Mask Girl adalah bukti kita wajar belajar menghargai sesama kita tanpa perlu banding membanding . Bersimpati lah pada mereka yang kurang bernasib baik dan selalu berasa rendah diri . Kita tidak mahu apa yang dipaparkan di Mask Girl menjadi sikap kita tentang erti kehidupan sebenar .
.
#maskgirl
#netflix
#kdrama
#kataeditor
#stailistaglamz2023
MASK GIRL – DENDAM TOPENG
