.
Bukan Sekadar Viral – Khairul Aming
.
Tiktok muncul pada 2016 dan sehingga kini memiliki 1 billion pengguna aktif global serta lebih 18 juta pengguna di Malaysia sendiri. Justeru TikTok Awards Malaysia 2023 yang julungkali diadakan semalam adalah permulaan untuk kejayaan yang lebih lagi pada tahun mendatang.
.
Kejayaan Khairul Aming selaku Creator Of The Year sememangnya tidak boleh disangkal. Lebih lapan tahun branding diri dengan video masakannya, Khairul Aming telah meletakkan dirinya selangkah ke depan berbanding creator yang lain.
.
Saya pasti selepas Anugerah Tiktok Malaysia 2023 ini, ianya akan menambah semangat untuk para remaja dan sesiapa juga untuk menjadi seperti Khairul Aming maupun creator lainnya. Selain membina nama dan pendapatan , aplikasi Tiktok kini dikatakan medan pemasaran terkini yang lebih sesuai dengan trend media sosial . Soal bagaimana pandangan atau cara seseorang itu menjadikan Tiktok sebagai bahan hiburan atau perniagaan mereka , terpulang pada diri sendiri . Soalnya sekarang Tiktok bukan lagi sekadar video tarian dan goyang goyang badan sahaja. Pengaruhnya lebih dari itu.
.
Saya tertarik dengan ucapan Khairul Aming yang memberi nasihat kepada mereka yang ingin bergelar Content Creator. Ianya bukan sekadar sasaran viral tetapi banyak hal untuk lebih dipertanggungjawabkan. Lebih penting remaja perlu ada ilmu dan habiskan persekolahan dahulu sebelum mabuk dengan dunia Tiktok ini. Dan saya pasti juga beberapa tahun mendatang entah apa lagi aplikasi lain akan muncul untuk menggantikan Tiktok ini. Kita perlu bersedia dengan kepantasan aplikasi trend terkini.
.
Media sosial bermula dari Myspace, Facebook, Instagram , YouTube , X ( Twitter ) , Snapchat atau Tiktok ada pengaruh dan sasarannya. Jika kita bijak mengikut trend maka kita juga perlu terlebih bijak untuk membawa kesemua media sosial ini ke arah yang lebih positif . Memetik kata Barkoba – semua ini hanya dunia, maka ambil lah yang baik-baik sahaja dan jadilah contoh yang terbaik untuk sesama kita.
.
.
#tiktokawardsMy
#TiktokMalaysia2023
#tv3
#tiktokMalaysia
#khairulAming
#kataEditor
#KaryaAnwarRazali
#StailistaGlamz2023
BUKAN SEKADAR VIRAL
