TENTANG SUPERMODEL – NASHA AZIZ
.
Ini antara foto yang memberi makna mendalam bagi saya di sepanjang kerjaya saya dalam dunia kewartawanan dan sebagai editor . Usia gambar ini saya jangka lebih 15 tahun . Lihatlah Nasha Aziz sekarang dan dahulu. Tetap awet muda.
.
Bekerjasama dengan supermodel NASHA AZIZ antara Moment indah saya semenjak Dari majalah URS-Untuk Remaja Sahaja lagi. Nasha Aziz Pernah jadi cover URS dan model segmen fesyen dan hubungan kami terus kekal sehingga kini walaupun sesekali bertemu di pentas catwalk yang Nasha Aziz hadiri.
.
Nyatanya catwalk Nasha Aziz ada trademark tersendiri. Beliau mampu membawa busana ke tahap yang luar biasa. Branding Nasha Aziz sebagai supermodel dan pelakon gred A memang diakui prestijnya.
.
Sebenarnya untuk kita kekal relevan dalam apa bidang adalah dengan adanya trademark dan branding tersendiri. Copy paste atau klon tidak mampu bertahan ye?
.
Bagaimana dengan trademark anda pula?
.
.
www.stailista-glamz.com
#StailistaNextTopModel
#StailistaGlamzSelebriti
#TheMomentsURSStailista
#KaryaAnwarRazali
#KataEditor
#StailistaGlamz2023
TENTANG NASHA AZIZ
