PROSESNYA TETAP SAMA

.
Percaya lah walau seribu tahun lagi, proses pembikinan seorang Bintang itu bermula dari kosong. Dari seorang talent yang tiada apa-apa dan digilap melalui Fotografi , grooming imej , public speaking dan bakat yang ada. Lalu menjelmalah Bintang yang dingini.
.
Gambar ini sudah berusia lebih 23 tahun, waktu kemunculan awal Dato’ Fizz Fairuz terjun sebagai model dan seterusnya bergelar pelakon popular dan pengarah. Waktu ini beliau berusia dalam lingkungan 23 tahun juga. Masih bertatih memburu Mimpi dan Impian.
.
Sudah tentunya perjalanan untuk ke puncak tidak mudah. Banyak pahit manis akan dilalui. Pun begitu apa yang dikecapi hari ini adalah kerana agenda cerita semalam yang bermula Dari impian biasa ingin bergelar Bintang .
.
Saya mampu tersenyum melihat kejayaan mereka ini dan terus mendoakan anda juga akan begitu. Teruslah berimpian dan mengapainya. Tiada yang mustahil . Percayalah . Lalui prosesnya terlebih dahulu… Jangan mudah mengalah!
.
Jumpa lagi untuk mengimbau Bintang lain pula dan memori indah saya sepanjang saya dalam dunia sastera, kewartawanan dan editor .

.
.




