ONE PIECE – IMPIAN SI LANUN


ONE PIECE – IMPIAN LANUN TOPI JERAMI
.
Ada teman mengatakan watak Monkey D.Luffy kurang menjadi berbanding siri komik sebenar . Luffy seorang yang lurus bendul dan sikap semborononya itu adalah kekuatannya. Namun dalam One Piece Luffy kelihatan bijak dan ada akal tersendiri .
.
Saya bukan pengemar siri komik Jepun yang dilukis oleh Eiichiro Oda, tetapi saya tahu ramai peminat komik ini. Sejak Julai 1997 sudah 106 jilid komik ini diterbitkan dengan ratusan episod yang mendebarkan . Pun begitu saya enjoy dengan siri ini buat julungkalinya diadapatasi secara live.
.
Kisah lanun Monkey D.Luffy belajar mencari harta karun bersama gengnya yang diselangi dengan aksi pengembaran yang membuat kita teruja. Dibintangi :Iñaki Godoy,Emily Rudd,Mackenyu dan ramai lagi siri fantasi kembara ini adalah naskah terbaik untuk para penyokong One Piece. Bagi saya setiap watak amat kena dengan lukisan komik tersebut dan ianya cukup sempurna bila dilayar secara langsung.
.
#onepiece
#onepieceliveaction
#netflix
#kataeditor
#stailistaglamz2023

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart