AGONG JELAJAH BORNEO

AGONG DI KEMBARA KENALI BORNEO
.
Meriah dengan pelbagai gelagat serta ragam rakyat Sabah bila dapat bersua muka dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Kembara Kenali Borneo yang berlangsung dari 3 hingga 13 September.
.
Seperti titah Agong yang berasa kelakar dengan pelbagai panggilan seperti Pakcik Agong, Gong Gong Gong dan Datin Agong, ternyata panggilan tersebut menambah mesra kembara tersebut . Ditambah dengan Permaisuri Agong yanh santai menari dan beramah mesra tanpa kekok , maka ianya akan menjadi kenangan terindah untuk rakyat Sabah .
.
Kembara bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. Esoknya baginda berdua akan ke Sarawak pula.
.
Inilah julung kalinya ketua negara mencemar duli ke bumi Borneo. Semoga tradisi sebegini akan berterusan untuk Agong yang seterusnya. Daulat Tuanku.💝
.
.
.
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart